Latar belakang Charlemagne

Dinasti Carolinga
Pippinid
Arnulfing
Carolinga
Selepas Perjanjian Verdun (843)
Raja Frank (tengah) yang serupa dengan Charlemagne, digambarkan dalam kitab Sacramentary Charles si Botak (k.k. 870).

Menjelang abad ke-6, kaum Frank dikristiankan, dan Empayar Frank yang diperintah oleh Dinasti Merovingian menjadi kerajaan yang paling kuat selepas zaman Empayar Rom Barat. Akan tetapi selepas Pertempuran Tertry, Dinasti Merovingian merosot menjadi begitu lemah sehingga raja-rajanya digelar "raja-raja tak buat apa-apa" (Bahasa Perancis: rois fainéants). Hampir semua kuasa kerajaan dipegang oleh datuk bandar istana (major domus), ketua pegawai kerajaan.

Pada tahun 687, Pippin si Tengah, datuk bandar istana Austrasia, menamatkan persengketaan antara raja-raja dengan datuk bandar mereka melalui kemenangannya di Tertry, dan menjadi gabenor tunggal untuk hampir seluruh kerajaan Frank. Pippin pada dirinya merupakan cucu kepada dua orang tokoh yang paling mustahak di Kerajaan Austrasia, iaitu Santo Arnulf dari Metz dan Pippin dari Landen. Pippin si Tengah akhirnya diwarisi oleh anak lelakinya yang dilahirkan di luar nikah, Charles, yang kemudian dikenali sebagai Charles Martel (si Penukul). Selepas tahun 737, Charles memerintah kaum Frank tanpa seorang raja tetapi tidak hendak menggelar diri sebagai "raja". Charles diwarisi oleh anak-anaknya, Carloman dan Pippin si Katik, bapa Charlemagne. Untuk mengelakkan perpecahan di pinggir kerajaan, kedua-dua adik-beradik memahkotai Childeric III yang merupakan raja Merovingian yang terakhir.

Selepas Carloman meletakkan jawatannya, Pippin menggulingkan Childeric III dengan kebenaran Paus Zachary. Pada tahun 751, Pippin dipilih dan dilumaskan sebagai raja kaum Frank. Kemudian pada tahun 754, Paus Stephen II sekali lagi melumaskan Pippin, bersama-sama anak-anaknya yang muda yang kini merupakan pewaris-pewaris kepada sebuah kerajaan agung yang merangkumi kebanyakan kawasan Eropah tengah dan barat. Dengan itu, dinasti Merovingian digantikan oleh dinasti Carolingian, dinasti yang dinamai sempena nama bapa Pippin, Charles Martel.

Di bawah dinasti baru, kerajaan Frank diperluas untuk merangkumi kebanyakan Eropah Barat. Bahagian kerajaan tersebut merupakan negara-negara Perancis dan Jerman kini, [3] dengan perkembangan-perkembangan agama, politik, dan seni Francia (Perancis) yang berkedudukan di tengah mentakrifkan kesemua bidang tersebut di seluruh Eropah Barat.

Rujukan

WikiPedia: Charlemagne http://www.bartleby.com/86/45.html http://www.britannica.com/eb/article-256627/Charle... http://www.datesofhistory.com/Charlamagne-I-the-Gr... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://www.myarmoury.com/feature_charlemagne.html http://www.thelatinlibrary.com/ein.html http://www8.informatik.uni-erlangen.de/cgi-bin/sto... http://www.fordham.edu/halsall/basis/einhard.html http://www.ac.wwu.edu/~stephan/Rulers/charlemagne.... http://www.reportret.info/gallery/charlemagne1.htm...